Hah!! suka sangat lagu PAWANA kan ? Hah!! Ambik kau.. pagi petang siang malam asyik PAWANA…PAWANA… akhirnya tersungkur dihembus pawana. Tahu tak apa makna pawana tu? Maknanya ialah ‘bayu’ atau ‘angin’.
Masa lagu tu mula2 keluar di radio dulu, aku macam buat tak kisah je. Tapi bila dah hari2 dengar dalam radio pergi dan balik kerja, tetiba rasa macam best pula. Mulut pun mulalah lalalalala…tanpa arah tujuan (maklumlah malas nak cari liriknya – belasah je la). Lama juga aku menyanyi2 lagu ni dalam kereta. Sampai ada satu kakak tu hon2 aku sebab tengok aku punya persembahan dalam kereta masa berhenti lampu merah depan Giant hari tu.. (hehehehe…malunya masa tu..).
Tapi bak kata Siti Nurhaliza la.. jangan nyanyi sebarang2 lagu, sebab ia adalah kata2 yang dihamburkan dengan penuh perasaan, sepenuh jiwa. Dan kata2 itu adalah doa.. Itu dia..beberapa hari lepas, tertonggeng aku dihembus pawana. Berjurai2 air mata mengalahkan air terjun Niagara . Lebih malang aku tak boleh nak kongsi dengan sesiapa pun. Kenapa? Iyshhh… boleh kena ISA kalau aku cerita pada orang. Siapa sangka Si Kuchai yang gemuk gedempol tu reti sayang orang. Dia tu tak ada deria rasa punya orang.. (itu kata kawan aku la.. aku pun manusia der..).
Tapi memang..aku benar2 bagai ditampar , terjatuh, terluka dan bagai dalam cerita hidustan, tiba2 lagu Pawana berkumandang dalam ilusi dan aku titipkan bait2 liriknya untuk gagahi diri bangun, merangkak, melanglah dan terus melangkah. Aku menoleh juga ke belakang dengan harapan masih ada pujuk untuk aku gapai. Malangnya jangan kata dari belakang, di depan juga tiada sesiapa. Melainkan desakan2 halus di kejauhan yang mahu aku terus tekad mengikut arus luka ini (terima kasih kawan2 yg memahami).
Dan kini.. dalam jiwa aku bukan saja ada seketul darah yang semakin keras, malah ia telah robek dilanda pawana yang menerjah. Tak mengapa, dalam kotak pencil aku masih ada sedikit gam yang aku boleh gunakan untuk melekatkannya kembali. Eleh..macam tak biasa kan Kuchai…kan ..
Kesimpulannya:
Tidak ada bumi yang tak ditimpa hujan. Namun terpulang bagaimana kau menilai hujan itu sendiri. Rezeki atau musibah. Aku? Aku merajuk dalam diam sebenarnya. Sehingga aku lupa yang hati aku dah terlalu terluka. Lebih malang lagi..aku tak mahu dipujuk….. :(
P/s : Hayati lagu dan lirik PAWANA ini… dan ia sangat indah..
Lirik Lagu Pawana - Ziana Zain
Pawana aku hadir kini
Mendekati batas usang
Ku terasa salju cinta lalu
Dalam titis-titis hujan
Bagaimana aku harus menghalusi jiwa
Untuk terus hidup dalam nafas suci
Terpaksa aku terbang jauh lagi
Terkadang aku jatuh dan menangis
Terkadang aku rebah tak daya berdiri
Ku gentas bunga di perantauan
Membalut luka hati
Melindungiku dari resah yang menghujan
Pawana ku hadir kini
Mendekati batas usang
Ku terasa salju cinta lalu
Dalam titis-titis hujan
Bagaimana aku harus menghalusi jiwa
Untuk terus idup dalam nafas suci
Terpaksa aku terbang jauh lagi
Terkadang aku jatuh dan menangis
Terkadang aku rebah tak daya berdiri
Ku gentas bunga di perantauan
Membalut calar luka hati
Melindungku dari resah yang menghujan
Di saat pilu lara itu kasih…
Aku gagahi melangkah
Selagi dirahmati
Aku mengorak harapan
Terkadang aku jatuh dan menangis
Terkadang aku rebah tak daya berdiri
Ku gentas bunga di perantauan
Membalut calar luka hati
Melindungi dari resah yang menghujan
Pawana aku hadir kini
Mendekati batas usang
Ku terasa salju cinta lalu
Dalam titis-titis hujan
Bagaimana aku harus menghalusi jiwa
Untuk terus hidup dalam nafas suci
Terpaksa aku terbang jauh lagi
Terkadang aku jatuh dan menangis
Terkadang aku rebah tak daya berdiri
Ku gentas bunga di perantauan
Membalut luka hati
Melindungiku dari resah yang menghujan
Pawana ku hadir kini
Mendekati batas usang
Ku terasa salju cinta lalu
Dalam titis-titis hujan
Bagaimana aku harus menghalusi jiwa
Untuk terus idup dalam nafas suci
Terpaksa aku terbang jauh lagi
Terkadang aku jatuh dan menangis
Terkadang aku rebah tak daya berdiri
Ku gentas bunga di perantauan
Membalut calar luka hati
Melindungku dari resah yang menghujan
Di saat pilu lara itu kasih…
Aku gagahi melangkah
Selagi dirahmati
Aku mengorak harapan
Terkadang aku jatuh dan menangis
Terkadang aku rebah tak daya berdiri
Ku gentas bunga di perantauan
Membalut calar luka hati
Melindungi dari resah yang menghujan