21 Okt 2011

Tahajjud Cinta

Bagai ada belati yang menikam tepat ke jantung ku berkali-kali saat menonton drama bersiri Tahajjud Cinta di tv3 ni. Entah kenapa.. Bukan aku tiada jawapan tapi ada berbagai-bagai pilihan jawapan yang hampir semuanya tepat. Adakah kerana kerinduan aku pada kehidupan sebegitu penampilannya? Atau kerana aku mahu menjadi seperti Citra walaupun aku tidak sebaik Hamani? Atau mungkin juga kerana kesakitan aku kepada sang lelaki yang mempergunakan agama untuk nafsu? Entahlah.. Yang pasti aku harap ada lelaki seperti Solahhudin yang menghampiri aku walupun tanpa serban dan jubah…

Yang pasti sekarang, aku sedang berusaha mencari Kak Eirma untuk cuba dapatkan salinan naskah skrip drama ni. Bagi aku, walaupun ia tidak diangkat sebagai drama terbaik, ia telah jadi yang terbaik di hati berjuta penonton. Trofi bukanlah petanda kepuasan. Dan aku sangat terfikir bahawa, untuk menjadi seorang penulis bukan mudah sebenarnya. Ia perlu sejuta pengorbanan untuk satu kekuatan…

Cayalah Kak Eirma..<3

20 Okt 2011

Kisah Ibu Tunggal.

Ibu tunggal tetap ibu tunggal. Samada yang kematian suami, digantung tidak bertali atau cerai hidup. Sendirian membesarkan anak2, menguruskan rumahtangga, menerima caci maki dan pandangan serong segelintir masyarakat. Samada mereka kaya, miskin, berjaya atau tidak, baju baru atau baju buruk, kain koyak atau kain sutera, mereka tetap Ibu Tunggal.

Kenapa harus dibeza-bezakan? Jika mereka sedikit berharta itu kerana mereka bekerja keras demi sesuap nasi. Jika mereka tidak berapa mampu itu kerana rezeki mereka belum tiba. Tapi kenapa mereka dilabel – Janda Kaya dan Janda Miskin?? Mereka tetap asnaf..

Mereka sendirian membanting tulang empat kerat demi anak2. Mereka SENDIRIAN! Tiada bezanya mereka kaya atau sebaliknya.

Kenapa saya emosi? Tepuk dada tanya selera. Dan saya semakin bosan dengan kerenah birokrasi yang semakin menjadi2 sekarang ni. Biarlah saya terus menjadi ayam yang bertenggek di atas pagar. Siapa yang cuba mengacau, saya akan patuk2 hidung dia sampai luka.

23 Ogo 2011

Rindu Ramadan

Sejak kebelakangan ni, aku dengar banyak berita2 kematian dan berita sedih yang lain.  Bohong kalau aku tak sedih atau terperanjat. Tapi aku juga sedih apabila mata aku bagai tiada air mata lagi. Aku cuba  menitiskannya, tapi semuanya bagai lakonan. Aku hanya diam dan merenung jauh ke dalam diri. Kenapa aku jadi begini…?

Sabtu, 20 Ogos 2011 bersamaan 20 Ramadhan 1432, bagai kapas yang ditiup angin, aku mengikut hayunan langkah kaki ke Masjid Jalil Hassan. Setelah 19 tahun, akhirnya keinginnan ku untuk menunaikan solah tarawih dipermudahkanNya. Tanpa sebarang rancangan. Maha Kaya Allah..

Rupanya di situlah airmata ku tertumpah. Mengenangkan diri yang diselaputi dosa dan yang entah bila akan diundang kembali ke Pencipta. Entah sempat atau tidak aku mohon ampun kepada semua. Entah sempat atau tidak aku lihat anak2 membesar. Sempatkah aku bemain dengan cucu dan mengumpat anak bersama menantu2. Sempatkah aku membayar segala hutang2 ku. Lebih menakutkan, sempatkah aku lunaskan segala hutang piutang ku dengan Allah. . Sempatkah aku menjejakkan kaki ku ke tanah suci Allah di Mekah.  Airmata ku tidak henti2 berjurai. Aku teringat orang yang mendekatkan aku denganNya.. sempatkah aku mencium tangannya

Dan yang paling menyedihkan aku..sempat aku bertemu Ramadhan tahun depan… L


*Ya Allah.. panjangkanlah umur ku agar dapat aku melunaskan semuanya.. Dan panjangkanlah umur keluarga serta kawan2 ku jua..agar kami masih dapat bersama menikmati rahmat didunia Mu ini….. amin.

5 Mei 2011

Rasa ini benar2 menjerut jiwa. Aku mulai rasa tertekan yang amat sangat. Mungkin salah aku. Ya..memang salah aku. Aku yang membenarkan rasa ini berputik lalu menguntumkan bunga yg kini harumnya bagai racun yang membunuh. Getar di hati bukan lagi meledakkan jiwa malah terwujud bagai airmata yg menemani tiap lena ku..

Tapi itulah dia..yang memberi aku semangat utk terus bernafas. Dia yang menghulur tangan saat aku rebah ditimpa malang yang rakus membunuh kudrat ku. Dia yang menyedarkan aku bahawa hidup ini masih perlukan aku yang tersenyum. Itulah dia...yg berselindung di sebalik gelak dan tawa sedang hatinya juga tercarik luka dan berdarah. Renung matanya yang berkaca, genggam tangannya... memberi seribu makna, sejuta tanda.. walau sebentar, ia amat bernilai. Walau pinjaman, ia terukir ikhlas...

Dan aku, yang berdiri di sini..akan terus setia menanti..hingga di suatu ketika, aku disuruh pergi....


P/s :Ku sadari saat manis ni kan pergi, Biar aku ngerti, Kerna aku mahu kamu....







Ajai & Krisdayanti - Perlu Kamu

Ajai:
Saat ini
Ku cerita
Isi hati segala rahsia
Aku rindu
Aku perlu
Hati kamu terukir namaku


Kris Dayanti:
Aku tahu
Aku rindu
Aku perlu mengenali kamu
Biar masa bercerita

Kau takkan hilang aku sayang

Chorus :

Ajai:
Ku sadari saat manis ni kan pergi
Biar aku ngerti
Kerna aku mahu kamu


Kris Dayanti:
Ku ulangi kau yakini hati ini
Kerna aku cinta kamu
Hari hari aku
Kan menjadi hari kamu
Kerna syarat hidup
Disayangi


Both:
Biar nyata
Aku setia
Janji cinta tentunya berbeda
Maafkan lah salah kita
Biar benci
Ku tetap di sisi


Chorus :

Ajai:
Ku sadari saat manis ni kan pergi
Biar aku ngerti
Kerna aku mahu kamu


Kris Dayanti:
Ku ulangi kau yakini hati ini
Kerna aku cinta kamu
Hari hari aku
Kan menjadi hari kamu
Kerna syarat hidup


Ajai:
Ku sadari saat manis ni kan pergi
Biar aku ngerti
Kerna aku mahu kamu


Kris Dayanti:
Ku ulangi kau yakini hati ini
Kerna aku cinta kamu
Hari hari aku
Kan menjadi hari kamu
Kerna syarat hidup
Disayangia

Aku perlu
Aku rindu


12 Apr 2011

AACSK 1 ~ Rasa Ini

Meresap dalam darah
Mengalir di nadi
Menjalar di tubuh
Mendegupkan jantung
menggetarkan hati
Melenakan tidur
mengindahkan mimpi
Mendebarkan rasa
Mengelodak di jiwa

Walau pinjaman
Rasa ini...ku tatang sepenuhnya...






p/s :  semuanya masih jauh dlm hati.....tersimpan.

7 Apr 2011

Kemboja Putih

Semalam.. sambil masuk drip, Inoriza staff nurse aku bukakan tv. Dah lama aku tak tengok tv petang2 ni. Aku pun sandar kepala dan membuka fikiran utk menonton. Emm...Kemboja Putih -  selalu baca kisahnya di blog kawan2 tapi langsung tak berkesempatan menonton.




Habis menonton, memang best. tak tahu kenapa. Mungkin ceritanya, pelakonnya dan lagunya. Tapi mungkin kerana aku suka bunga kemboja ni dari kecil lagi. Tapi arwah mak selalu marah. Katanya itu bunga kubur. Aku suka sebab warna dan baunya. Akhirnya hari ni, aku tukar pic profile di kedua2 FB aku dgn gambar bunga kemboja putih - cantik la pula. Macam kena je dengan jiwa....cewah.. jangan cakap kat mak aku ye.. (Jangan2 aku nak jadi hantu tak?? eee...selisih u..)

P/s : Sokonglah filem2 dan drama2 tempatan. Dari kita kayakan orang asing - baiklah kayakan orang kita. 




Lirik Farahdhiya - Kau Telah Pergi

Mungkin aku yang salah
Ku tak mampu untuk menjaga cintamu
Hanya untuk diriku
Mungkin aku yang salah tak menjagamu

Memang aku tak mampu
Ku tak mampu untuk menjaga cintamu
Selalu untuk diriku
Memang aku yang salah buatmu terluka

Jujur ku katakan ku masih mencintaimu
Walaupun diriku selalu menyakitimu
Jujur aku masih ingin bersamamu
Walau dirimu kini bukan untukku lagi
Kau telah pergi

Kini kau telah terluka kau tak ingin lagi
Mencintaiku kerna ku menyakitimu
Kini kau bukan untuk diriku lagi

Jujur ku katakan ku masih mencintaimu
Walaupun diriku selalu menyakitimu
Jujur aku masih ingin bersamamu
Walau dirimu kini bukan untukku lagi
Kau telah pergi

28 Mac 2011

Sakitnya rasa ini..

Marah..demi Allah..aku marah yang teramat sangat pagi tadi. Dalam sedar dan tidak, terhambur kata2 kesat dari mulut aku. Ya Allah.. sedang wuduk aku masih basah di tubuh. Kepada siapa?? Bukan ahli keluarga, tapi bekas keluarga (boleh gitu?). Bukan kejadian itu yang aku nak kongsi, tetapi rasa  bersalah aku pada diri aku sendiri. Rasa berdosa depan Allah..

Sejujurnya, aku bukan jenis yang suka memaki hamun orang. Apa lagi menunjukkan rasa marah aku. Itu bukan sikap aku sejak azali lagi (sikap ini jugalah yang menjadi punca perpisahan  aku). Tapi kemarahan aku bagai tidak dapat dibendung. Pertanyaan secara baik yang aku ajukan dibalas dgn sindiran tajam yang menghiris tangkai hati wanita tua ini. Lalu di bawah sedar pada seawal 6.30 pagi, aku hamun orang.

Sudahnya aku terkedu seharian. Rasa bersalah pada Allah sangat2 menghantui. Rasa sebelanga susu telah tercemar dengan setitis nila.. Aku harap meneguk soya, tiba2 terhidang sirap bandung.. aduh..!!  Rasa habis segala yang aku kumpul selama ini. Kalaulah masa boleh diundur, sumpah..!! aku tak keluar pagi tadi.

Aku cuba menelefon seorang kawan, tapi tak berangkat (mungkin sibuk). Aku tercari2 secubit halwa manis yang mampu menyejukkan rasa yang bergelodak dalam hati. Benar.. aku rasakan seperti aliran darah ku telah mengalir secara songsang!! Akhirnya, aku terduduk di sejadah. Entah apa yg aku buat pun aku tak tahu. Termenung.. dan termenung. Dan akhirnya, hadir secebis rasa, sujudlah…dan aku temui hujung tali sedar ku yang terlepas pagi tadi. Lalu aku gapai perlahan dan ku ikat kemas di hati agar tidak terlepas lagi..Insyaallah...


Titip rasanya:
Seandainya sesat mencari diri.. di lantai yang di pijak itulah jawapannya. Pasti..!!


P/s : ampunkan aku ya Allah…ampunkan aku…. L