16 Mac 2011

Kau tariklah diri...

Ini ibarat membuka pekung. Tapi tak mengapalah..kerana aku mahu ia menjadi tauladan pada yang lain. Dan aku mulakan dengan kalimah..AKU MEMANG BODOH.

Ia bermula pada pertengahan tahun 2010. Tarikhnya biarlah aku rahsiakan demi menjaga maruah seseorang yang terlibat secara langsung. Bermula dengan dia menghulur tangan saat aku benar2 jatuh terjelepuk (aku sangka begitu). Dia sentiasa membuat aku ketawa dan ketawa dan ketawa. Dia membuat aku yang sesat mencari diri ini kembali tersenyum. Aku kembali menyusun cebisan2 kekuatan yang hilang setelah nakhoda bahtera ku terjun ke lombong bersama labu2nya.

Bukan sekali dua kami keluar bersama. Bukan sekali dua kami curi2 bertemu berdua. Dan bukan sekali dua gurauan dan kata2 indah yang dia ucapkan. Rupa2nya..semua itu hanyalah gurauan. Hanya gurauan.!! Dan aku yang terlalu bodoh ini gagal membezakannya. Mungkin kerana dia terlalu baik. Bukan mungkin..tapi dia memang terlalu baik.

Raut wajahnya sangat tenang. Renung matanya sangat2 mendamaikan aku yg sentiasa takut dalam meniti arus dunia ini. Senyuman matangnya sentiasa memberi tahu bahawa hidup ini perlu sentiasa tabah dan tekad. Lebih membuat aku sayang padanya ialah mengenalinya membuatkan aku berlari mengejar takdir. Aku meredah hutan sensara lalu merebahkan diri sujud pada Allah. Aku mahu setabah dia. Aku mahu sekuat dia menghadapi musibah2 hidup ini. Walau seringkali dia ingatkan bahawa dia bukanlah lelaki yg baik, tapi dari riak lakunya, aku tahu dia adalah suami, ayah dan anak yang baik…..sangat baik.



Lalu..aku yang BODOH ini rupanya bersandar pada tiang yang usang. Dia bukanlah seperti yang aku sangkakan. Satu kalimah yang sudah cukup memberi aku sejuta makna saat dia lafaskan …”Tariklah diri….”.

Dan aku yang tidak pernah tiris menggenggam kasihnya, terus menikam diri dengan belati luka. Aku perlu tarik diri.. bukan kerana aku sudah bosan menunggu, tetapi jika ini yang membahagiakan dia, maka inilah yg akan aku lakukan. Sedangkan aku tidak pernah bermimpi dia melamar aku sebagai suri. Aku tidak pernah mengharap dia mewar2kan pada alam bahawa akulah kekasihnya. Bahkan aku tidak berharap dia membalas tiap tingkah kasih ku.  Cukuplah dia akui senang aku menyayanginya. Rupanya itu juga suatu dosa baginya. Ya….dosa…maafkan aku.

Airmata yang tidak henti2 mengalir ini bukan lagi skrip dalam wayang. Bukan lagi picisan cerekarama, atau iklan penyedap rasa. Tapi ia adalah gelodak luka dan derita yang terhambur keluar apabila deria rasa ku mulai mati kini. Tak mengapa…aku telah bersedia untuk mati sekali lagi…

Cuma.. kini aku perlu lebih kuat. Kerana andai kata Allah mempertemukan kami lagi, aku akan pastikan lakonan aku sehebat Fauziah Ahmad Daud atau Erra Fazira..sehingga engkau sendiri tidak akan dapat membezakan yang ia adalah lakonan atau kebenaran.

Kesimpulanya:
Takdir Allah siapa yang tahu.. walau separuh mati pun kita mengatur hidup ini, jika Allah tidak merestuinya..maka tiadalah ia.

“Ya Allah..maafkan aku, kerana tidak mampu menjadi hamba Mu yang terhebat. Aku gagal mempertahankan cekal ku. Airmata ku gugur lagi kerana seorang lelaki. Tapi aku berjanji pada Mu ya Allah..cinta ku pada Mu tidak akan pernah beralih arah..
Ya Allah..jika dia adalah lelaki yang terbaik buat ku, Kau tempatkanlah dia di suatu tempat yg istimewa dalam hidup ku. Dan  jika tidak..kau tutuplah pintu hati ku selama2nya untuk jatuh cinta lagi….amin ya rabbal alamin.”

_________________________________________________________________________

22 Mac 2011
3:30 am

Allah mentakdirkan..segala kekusutan terlerai. Segala lara terpadam. Aku tekadkan diri mencari jawapan. Dan Allah aturkan sesuatu yang tidak aku jangkakan. Terima kasih Allah. Terima kasih ... aku simpul mati janji ini.. Insyallah..

awak...saya minta maaf.