28 Mac 2011

Sakitnya rasa ini..

Marah..demi Allah..aku marah yang teramat sangat pagi tadi. Dalam sedar dan tidak, terhambur kata2 kesat dari mulut aku. Ya Allah.. sedang wuduk aku masih basah di tubuh. Kepada siapa?? Bukan ahli keluarga, tapi bekas keluarga (boleh gitu?). Bukan kejadian itu yang aku nak kongsi, tetapi rasa  bersalah aku pada diri aku sendiri. Rasa berdosa depan Allah..

Sejujurnya, aku bukan jenis yang suka memaki hamun orang. Apa lagi menunjukkan rasa marah aku. Itu bukan sikap aku sejak azali lagi (sikap ini jugalah yang menjadi punca perpisahan  aku). Tapi kemarahan aku bagai tidak dapat dibendung. Pertanyaan secara baik yang aku ajukan dibalas dgn sindiran tajam yang menghiris tangkai hati wanita tua ini. Lalu di bawah sedar pada seawal 6.30 pagi, aku hamun orang.

Sudahnya aku terkedu seharian. Rasa bersalah pada Allah sangat2 menghantui. Rasa sebelanga susu telah tercemar dengan setitis nila.. Aku harap meneguk soya, tiba2 terhidang sirap bandung.. aduh..!!  Rasa habis segala yang aku kumpul selama ini. Kalaulah masa boleh diundur, sumpah..!! aku tak keluar pagi tadi.

Aku cuba menelefon seorang kawan, tapi tak berangkat (mungkin sibuk). Aku tercari2 secubit halwa manis yang mampu menyejukkan rasa yang bergelodak dalam hati. Benar.. aku rasakan seperti aliran darah ku telah mengalir secara songsang!! Akhirnya, aku terduduk di sejadah. Entah apa yg aku buat pun aku tak tahu. Termenung.. dan termenung. Dan akhirnya, hadir secebis rasa, sujudlah…dan aku temui hujung tali sedar ku yang terlepas pagi tadi. Lalu aku gapai perlahan dan ku ikat kemas di hati agar tidak terlepas lagi..Insyaallah...


Titip rasanya:
Seandainya sesat mencari diri.. di lantai yang di pijak itulah jawapannya. Pasti..!!


P/s : ampunkan aku ya Allah…ampunkan aku…. L


18 Mac 2011

Pawana di hati

Hah!! suka sangat lagu PAWANA  kan? Hah!! Ambik kau.. pagi petang siang malam asyik PAWANA…PAWANA… akhirnya tersungkur dihembus pawana. Tahu tak apa makna pawana tu? Maknanya ialah ‘bayu’ atau ‘angin’.

Masa lagu tu mula2 keluar di radio dulu, aku macam buat tak kisah je. Tapi bila dah hari2 dengar dalam radio pergi dan balik kerja, tetiba rasa macam best pula. Mulut pun mulalah lalalalala…tanpa arah tujuan (maklumlah malas nak cari liriknya – belasah je la). Lama juga aku menyanyi2 lagu ni dalam kereta. Sampai ada satu kakak tu hon2 aku sebab tengok aku punya persembahan dalam kereta masa berhenti lampu merah depan Giant hari tu.. (hehehehe…malunya masa tu..).

Tapi bak kata Siti Nurhaliza la.. jangan nyanyi sebarang2 lagu, sebab ia adalah kata2 yang dihamburkan dengan penuh perasaan, sepenuh jiwa. Dan kata2 itu adalah doa.. Itu dia..beberapa hari lepas, tertonggeng aku dihembus pawana. Berjurai2 air mata mengalahkan air terjun Niagara. Lebih malang aku tak boleh nak kongsi dengan sesiapa pun. Kenapa? Iyshhh… boleh kena ISA kalau aku cerita pada orang. Siapa sangka Si Kuchai yang gemuk gedempol tu reti sayang orang. Dia tu tak ada deria rasa punya orang.. (itu kata kawan aku la.. aku pun manusia der..).

Tapi memang..aku benar2 bagai ditampar , terjatuh, terluka dan bagai dalam cerita hidustan, tiba2 lagu Pawana berkumandang dalam ilusi dan aku titipkan bait2 liriknya untuk gagahi diri  bangun, merangkak, melanglah dan terus melangkah. Aku menoleh juga ke belakang dengan harapan masih ada pujuk untuk aku gapai. Malangnya jangan kata dari belakang, di depan juga tiada sesiapa. Melainkan desakan2 halus di kejauhan yang mahu aku terus tekad mengikut arus luka ini (terima kasih kawan2 yg memahami).

Dan kini.. dalam jiwa aku bukan saja ada seketul darah yang semakin keras, malah ia telah robek dilanda pawana yang menerjah. Tak mengapa, dalam kotak pencil aku masih ada sedikit gam yang aku boleh gunakan untuk melekatkannya kembali. Eleh..macam tak biasa kan Kuchai…kan..

Kesimpulannya:
Tidak ada bumi yang tak ditimpa hujan. Namun terpulang bagaimana kau menilai hujan itu sendiri. Rezeki atau musibah. Aku? Aku merajuk dalam diam sebenarnya. Sehingga aku lupa yang hati aku dah terlalu terluka. Lebih malang lagi..aku tak mahu dipujuk….. :(

P/s : Hayati lagu dan lirik PAWANA ini… dan ia sangat indah..


 
Lirik Lagu Pawana - Ziana Zain

Pawana aku hadir kini
Mendekati batas usang
Ku terasa salju cinta lalu
Dalam titis-titis hujan
Bagaimana aku harus menghalusi jiwa
Untuk terus hidup dalam nafas suci
Terpaksa aku terbang jauh lagi

Terkadang aku jatuh dan menangis
Terkadang aku rebah tak daya berdiri
Ku gentas bunga di perantauan
Membalut luka hati
Melindungiku dari resah yang menghujan

Pawana ku hadir kini
Mendekati batas usang
Ku terasa salju cinta lalu
Dalam titis-titis hujan
Bagaimana aku harus menghalusi jiwa
Untuk terus idup dalam nafas suci
Terpaksa aku terbang jauh lagi

Terkadang aku jatuh dan menangis
Terkadang aku rebah tak daya berdiri
Ku gentas bunga di perantauan
Membalut calar luka hati
Melindungku dari resah yang menghujan

Di saat pilu lara itu kasih…
Aku gagahi melangkah
Selagi dirahmati
Aku mengorak harapan

Terkadang aku jatuh dan menangis
Terkadang aku rebah tak daya berdiri
Ku gentas bunga di perantauan
Membalut calar luka hati
Melindungi dari resah yang menghujan





16 Mac 2011

Kau tariklah diri...

Ini ibarat membuka pekung. Tapi tak mengapalah..kerana aku mahu ia menjadi tauladan pada yang lain. Dan aku mulakan dengan kalimah..AKU MEMANG BODOH.

Ia bermula pada pertengahan tahun 2010. Tarikhnya biarlah aku rahsiakan demi menjaga maruah seseorang yang terlibat secara langsung. Bermula dengan dia menghulur tangan saat aku benar2 jatuh terjelepuk (aku sangka begitu). Dia sentiasa membuat aku ketawa dan ketawa dan ketawa. Dia membuat aku yang sesat mencari diri ini kembali tersenyum. Aku kembali menyusun cebisan2 kekuatan yang hilang setelah nakhoda bahtera ku terjun ke lombong bersama labu2nya.

Bukan sekali dua kami keluar bersama. Bukan sekali dua kami curi2 bertemu berdua. Dan bukan sekali dua gurauan dan kata2 indah yang dia ucapkan. Rupa2nya..semua itu hanyalah gurauan. Hanya gurauan.!! Dan aku yang terlalu bodoh ini gagal membezakannya. Mungkin kerana dia terlalu baik. Bukan mungkin..tapi dia memang terlalu baik.

Raut wajahnya sangat tenang. Renung matanya sangat2 mendamaikan aku yg sentiasa takut dalam meniti arus dunia ini. Senyuman matangnya sentiasa memberi tahu bahawa hidup ini perlu sentiasa tabah dan tekad. Lebih membuat aku sayang padanya ialah mengenalinya membuatkan aku berlari mengejar takdir. Aku meredah hutan sensara lalu merebahkan diri sujud pada Allah. Aku mahu setabah dia. Aku mahu sekuat dia menghadapi musibah2 hidup ini. Walau seringkali dia ingatkan bahawa dia bukanlah lelaki yg baik, tapi dari riak lakunya, aku tahu dia adalah suami, ayah dan anak yang baik…..sangat baik.



Lalu..aku yang BODOH ini rupanya bersandar pada tiang yang usang. Dia bukanlah seperti yang aku sangkakan. Satu kalimah yang sudah cukup memberi aku sejuta makna saat dia lafaskan …”Tariklah diri….”.

Dan aku yang tidak pernah tiris menggenggam kasihnya, terus menikam diri dengan belati luka. Aku perlu tarik diri.. bukan kerana aku sudah bosan menunggu, tetapi jika ini yang membahagiakan dia, maka inilah yg akan aku lakukan. Sedangkan aku tidak pernah bermimpi dia melamar aku sebagai suri. Aku tidak pernah mengharap dia mewar2kan pada alam bahawa akulah kekasihnya. Bahkan aku tidak berharap dia membalas tiap tingkah kasih ku.  Cukuplah dia akui senang aku menyayanginya. Rupanya itu juga suatu dosa baginya. Ya….dosa…maafkan aku.

Airmata yang tidak henti2 mengalir ini bukan lagi skrip dalam wayang. Bukan lagi picisan cerekarama, atau iklan penyedap rasa. Tapi ia adalah gelodak luka dan derita yang terhambur keluar apabila deria rasa ku mulai mati kini. Tak mengapa…aku telah bersedia untuk mati sekali lagi…

Cuma.. kini aku perlu lebih kuat. Kerana andai kata Allah mempertemukan kami lagi, aku akan pastikan lakonan aku sehebat Fauziah Ahmad Daud atau Erra Fazira..sehingga engkau sendiri tidak akan dapat membezakan yang ia adalah lakonan atau kebenaran.

Kesimpulanya:
Takdir Allah siapa yang tahu.. walau separuh mati pun kita mengatur hidup ini, jika Allah tidak merestuinya..maka tiadalah ia.

“Ya Allah..maafkan aku, kerana tidak mampu menjadi hamba Mu yang terhebat. Aku gagal mempertahankan cekal ku. Airmata ku gugur lagi kerana seorang lelaki. Tapi aku berjanji pada Mu ya Allah..cinta ku pada Mu tidak akan pernah beralih arah..
Ya Allah..jika dia adalah lelaki yang terbaik buat ku, Kau tempatkanlah dia di suatu tempat yg istimewa dalam hidup ku. Dan  jika tidak..kau tutuplah pintu hati ku selama2nya untuk jatuh cinta lagi….amin ya rabbal alamin.”

_________________________________________________________________________

22 Mac 2011
3:30 am

Allah mentakdirkan..segala kekusutan terlerai. Segala lara terpadam. Aku tekadkan diri mencari jawapan. Dan Allah aturkan sesuatu yang tidak aku jangkakan. Terima kasih Allah. Terima kasih ... aku simpul mati janji ini.. Insyallah..

awak...saya minta maaf. 

15 Mac 2011

Berhadapan dengan kes maut

24 Feb 2011, 5.50pm.. aku bersiap2 untuk balik. Turun saja dari pejabat aku di tingkat 1, aku dikejutkan dengan satu kes, ada orang jatuh flat. Macam biasalah, aku pun ke bilik rawatan untuk 'tengok' patient. Tiba2 dalam bilik itu ada beberapa orang lelaki, agak kelam kabut. Dia atas katil ada sekujur tubuh lelaki, kaku tak bergerak. Kelihatan doktor sedang menjalankan tugasnya dengan sangat teliti.

Dengan pengalaman hampir 13 tahun dalam dunia klinik, aku dapat mengagak yg tubuh itu sudah tidak bernyawa. Cuma agak risau dengan staff2 yang masih mentah. Risau pulak bila staff aku si Ino agak pucat. Manakala Si Liza pula agak tenang..tp macam..hehehe...

Akhirnya beberapa orang lelaki yang membawa tubuh itu  keluar dari bilik rawatan. Tak sanggup sebenarnya. Dan aku ambil kesempatan bertanya dengan doktor. Sah, lelaki ini sudah meninggal. Jatuh dari tingkat 8 semasa sedang bekerja sebagai pekerja binaan. Kotai la. Indon. Kecederaan parah di kepala (tak pecah - tetapi berkecai di dalam). Mukanya penuh pasir dan tanah lumpur. Patah di kedua2 tangan dan kaki. Dan beberapa kecederaan parah yang lain.

Apa tugas staff? hehehe...bersihkan jenazah. Bersihkan muka dia. Bersihkan darah yang mengalir di tangan dan kaki jenazah. Hah!!! sanggup??? dibuatnya tengah bersihkan tiba2 ada yg bersin.. mau lintang pukang lari.

aiseh...ngantuk la pulak.. aku nak tidur jab, nanti aku sambung semula...

sambungan..
Jadi jangan kata tugas atau kerja sebagai pembantu klinik ni senang. Glamer?? hiss..itu memanglah. Tapi sama glamer dgn kerjanya.

Semasa staff2 sibuk membersihkan mayat tersebut, aku terus buat tugas yg sepatutnya, telefon balai polis berdekatan dan buat laporan. Tak sampai 45min selepas tu, datanglah satu land rover dan beberapa orang polis - dengan plastik hitam. huhuhu.... aku dah mula tersentap.

Di luar klinik dah jadi mcam funfair. Ramai sungguh paparazi dan mamarazi. Glamer la juga..!! Kawan2 si mati dh memenuhi ruang dengan esak tangis. Lebih terharu bila si mati khabarnya ada anak yg masih kecil2 di kota Malang, Indonesia.

Abang2 Pol (polis le..) pun sibuk menjalankan tugas. Tanya itu, tanya ini...glamer lagi..!! Dan tibalah masa mayat diangkat dan dibungkus dengan plastik hitam tu.. Depan mata. Ya Allah....

Jujur...aku sedih. Sedih sangat. Kerana si mayat adalah seorang lelaki, suami, ayah dan anak yang meratau beribu batu ke negara orang demi sesuap nasi.. Dan akhirnya mati dengan cara yang begitu. Bayangkan perasaan keluarga yang ditinggalkan. Ayah ibu, isteri, anak2.... dan dia seorang Islam.

Di klinik/hospital.. kami tidak memandang agama, bangsa, warna kulit atau mata, bahasa waima jika kau seorang kominis sekali pun..jika mereka memerlukan bantuan, kami akan berikan. Sebab itu jangan pandang mudah kepada kerjaya sebagai seorang pembantu klinik. Kerana antara soalan yang aku akan tanya apabila ditemuduga ialah "Boleh bantu doktor sunatkan lelaki dewasa? Bukan tgk saja ye..kena tolong pegang sekali"......

Kesimpulannya :
Sesungguhnya ajal dan maut itu di tangan Allah... Bersedialah, kerana ia datang tanpa diundang. Wallahualam..

14 Mac 2011

Hobi menulis aku

Aku suka menulis.. hantu menulis sebenarnya. Bermula dengan puisi dan kini aku mula bertatih dalam penulisan skrip dan novel. Hehehe..mcm lucu pun ada. tapi inilah rezeki yang Allah beri sehari selepas aku di'lepas'kan. Insyaallah..aku akan cuba berkongsi di sini.. kalau aku sempat copy paste la ye..

Office dan klinik...

Office dan klinik..a.k.a. rumah kedua aku.. secara jujurnya, aku ni seorang yg tak reti duduk diam (maklumlah lahir tahun tikus..). Jadi walaupun perjalanan dari rumah ke pejabat itu makan masa lebih kurang setengah jam (kadang2 satu jam - kalau jem), namun itu bukan halangan untuk aku ke sana setiap hari. Atau dalam erti kata lain, aku suka kerja aku.. bak kata doktor kesayangan aku tu.. "x makan xpe, jangan x kerja.."

Di sini..aku akan cuba berkongsi segala suka duka bekerja di sebuah poliklinik swasta. Mungkin ayat2 aku nanti ada yg berkelas 18SG, SX, atau PL tapi itulah kenyataan yang harus kami hadapi dan lalui. Kalau tanya apa pendapat aku, aku akan kata...BEST!