21 Okt 2011

Tahajjud Cinta

Bagai ada belati yang menikam tepat ke jantung ku berkali-kali saat menonton drama bersiri Tahajjud Cinta di tv3 ni. Entah kenapa.. Bukan aku tiada jawapan tapi ada berbagai-bagai pilihan jawapan yang hampir semuanya tepat. Adakah kerana kerinduan aku pada kehidupan sebegitu penampilannya? Atau kerana aku mahu menjadi seperti Citra walaupun aku tidak sebaik Hamani? Atau mungkin juga kerana kesakitan aku kepada sang lelaki yang mempergunakan agama untuk nafsu? Entahlah.. Yang pasti aku harap ada lelaki seperti Solahhudin yang menghampiri aku walupun tanpa serban dan jubah…

Yang pasti sekarang, aku sedang berusaha mencari Kak Eirma untuk cuba dapatkan salinan naskah skrip drama ni. Bagi aku, walaupun ia tidak diangkat sebagai drama terbaik, ia telah jadi yang terbaik di hati berjuta penonton. Trofi bukanlah petanda kepuasan. Dan aku sangat terfikir bahawa, untuk menjadi seorang penulis bukan mudah sebenarnya. Ia perlu sejuta pengorbanan untuk satu kekuatan…

Cayalah Kak Eirma..<3

20 Okt 2011

Kisah Ibu Tunggal.

Ibu tunggal tetap ibu tunggal. Samada yang kematian suami, digantung tidak bertali atau cerai hidup. Sendirian membesarkan anak2, menguruskan rumahtangga, menerima caci maki dan pandangan serong segelintir masyarakat. Samada mereka kaya, miskin, berjaya atau tidak, baju baru atau baju buruk, kain koyak atau kain sutera, mereka tetap Ibu Tunggal.

Kenapa harus dibeza-bezakan? Jika mereka sedikit berharta itu kerana mereka bekerja keras demi sesuap nasi. Jika mereka tidak berapa mampu itu kerana rezeki mereka belum tiba. Tapi kenapa mereka dilabel – Janda Kaya dan Janda Miskin?? Mereka tetap asnaf..

Mereka sendirian membanting tulang empat kerat demi anak2. Mereka SENDIRIAN! Tiada bezanya mereka kaya atau sebaliknya.

Kenapa saya emosi? Tepuk dada tanya selera. Dan saya semakin bosan dengan kerenah birokrasi yang semakin menjadi2 sekarang ni. Biarlah saya terus menjadi ayam yang bertenggek di atas pagar. Siapa yang cuba mengacau, saya akan patuk2 hidung dia sampai luka.