25 Okt 2010

Nilai seorang kawan

Apalagi yang paling menyakitkan selain apabila seorang kawan baik yang dianggap jujur dan ikhlas tiba-tiba pecah amanah? menjaja rahsia yang diharapkan selamat dalam hatinya.. aku kesal. demi Allah aku kesal... bila kawan sebaik, selembut dan secantik itu rupanya ibarat duri dalam daging.. bagai api dalam sekam...
yang lebih aku kesal....ialah dapatkah aku memaafkannya, kerana aku adalah manusia biasa yang sentiasa digoda syaitan..
namun pengajaran yang aku dapat ialah jangan sesekali percaya pada tingkah luaran… kerana semua itu hanya perhiasan…..
Dan sebagai langkah yg terbaik, aku dah remove dia dari senarai 'kawan'. Senang. Dan tak perlu fikir pasal dia lagi. Yang tinggal kini hanyalah kawan terbaik aku..

13 Okt 2010

Hidup keseorangan....


Salam hati...

Siapa kata hidup seorang itu senang? Siapa kata hidup seorang itu mudah? Sedangkan setiap saat aku harus berlawan dengan dugaan syaitan. Sedangkan setiap detik aku harus menangkis cacian manusia. Siapa kata hidup seorang itu indah....?

Tetapi sesungguhnya Allah tidak pernah zalim pada hambanya. Aku diberi hak sepenuhnya untuk berbisik. Bangun tengah malam semahu ku.. atau sujud padaNya sepanjang malam tanpa ada sesiapa yang melarang atau mengarahkan aku utk berhenti dan naik katil.

Sekurangnya aku punyai banyak waktu dan peluang untuk membayar hutang-hutang ku yang tak mungkin terlangsai walau sejuta tahun aku bernafas....

Jangan pandang mudah atau pandang ringan pada tanggung jawab yang ditinggalkan. Kalau bekas suami tu bertanggung jawab tu baguslah (bertuah sebenarnya). Dibuatnya sebaliknya...ya ampun.

Bayangkan dulu ada juga yang tolong pergi kedai bila belacan habis. Tetapi sekarang semua kena buat sendiri. Sebelum balik kerja tu kena list kan dulu apa barang nak beli. Sebelum balik rumah singgah kedai dulu beli barang. Terhengeh2 la membawa barang sorang2. Penat.

Kekuatan jiwa amat2 penting. Silap langkah boleh gila! Mana tidaknya, nak basuh kain, masak, kemas rumah, ajar anak buat homework, lipat baju, buang sampah, buang sampai...semuanya terletak atas bahu kita seorang.

11 Okt 2010

Dunia baru ku..

Salam hati ku...
bermula hari ini, aku beranikan diri keluar dari kepompong duka yang dicipta untuk ku. setelah sekian waktu mencipta perit dan berenang dalam aliran benci.. hari ini aku pecahkan semuanya. semoga aku tabah..kerana secara di bawah sedar,aku telah mulai tekad sebenarnya..


13/10/2010
Salam sang hati...
selesai sujud terakhir asar tadi.. aku terfikir...mengapa semua ini terjadi..? badai apa sebenarnya yang menghempas istana yang aku bina 18 tahun lepas? ribut apa yang menumbangkan pohon kasih yang aku baja sekian lama...? apa? siapa? kenapa...? dan segalanya berlegar-legar di dalam akal mencari jalan keluar... yang akhirnya mengerutkan dahi tua ku...

15/02/2011
Selamat malam hati..
setelah sekian lama, aku mula beranikan diri membuka rasa. Meletakkan diri serendah-rendah manusia untuk membuka langkah pertama.

Ya..aku bersua dengannya semasa aku masih terlalu muda, 19 tahun. sedang waktu itu aku bagai berkabung dengan kehilangan tanpa kesan sang kekasih yang telah bertahta di hati hampir dua tahun.. ( Dee...di mana awak? sampai sekarang saya tak tahu awak di mana...)